Menurut Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP):

Berhati-hati dengan maklumat yang anda terima. Pastikan anda sentiasa semak di media sosial dan laman web rasmi KWSP untuk kesahihan.

SUMBER:

Facebook Rasmi KWSP

Instagram Rasmi KWSP

SEBENARNYA:

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan (MOF):

MOF menegaskan bahawa pengumuman bantuan RM1,200 dikreditkan ke dalam MyKad adalah PALSU.

SUMBER:

Facebook Rasmi MOF

Menurut CyberSecurity Malaysia:

CyberSecurity Malaysia mengeluarkan amaran kepada pengguna dan organisasi mengenai panggilan tidak dikenali, e-mel pancingan data, laman web pancingan data atau mesej yang meminta untuk memuat turun kemaskini perisian atau menyediakan akses jauh (remote) untuk baik pulih komputer berikutan gangguan global CrowdStrike baru-baru ini.

Pengguna dan pentadbir sistem adalah dinasihatkan untuk mengambil langkah-langkah berikut:

Amalan terbaik bagi Pengguna Internet Umum:

1) Berwaspada pancingan data (phishing);

2) Periksa nama domain pautan dalam e-mel/ SMS;

3) Komunikasi dari sumber rasmi;

4) Gunakan perkhidmatan yang dipercayai (keselamatan laman web dan URL);

5) Laporkan transaksi bank yang mencurigakan segera kepada hotline bank (24/7) atau hubungi NSRC di 997 dalam 24 jam; dan

6) Dapatkan nasihat daripada pihak berkuasa dan organisasi keselamatan siber yang dipercayai.

SUMBER:

Facebook Rasmi CyberSecurity Malaysia

Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM):

KPM mengambil perhatian serius laman media sosial palsu yang menggunakan nama dan logo rasmi Kementerian.

Laman media sosial ini adalah palsu. Orang ramai dinasihatkan supaya tidak terpedaya dengan perkhidmatan yang ditawarkan.

SUMBER:

Facebookk Rasmi KPM

Menurut kenyataan Bank Negara Malaysia (BNM):

Jangan terpedaya dengan video, hantaran atau mesej yang menyalahgunakan nama, logo atau nama pegawai kanan Bank Negara Malaysia. Tindakan akan diambil terhadap pelaku.

Sentiasa ingat, BNM TIDAK MEMPROMOSIKAN mana-mana skim pelaburan.

Jika ragu-ragu, hubungi BNMLINK melalui BNMLINK.bnm.gov.my