Menurut Tenaga Nasional Berhad (TNB):

TNB tidak menganjurkan apa-apa cabutan bertuah dan menawarkan wang ringgit sebagai hadiah.

Elak kongsi info palsu di mana-mana media sosial. Elak memberi maklumat peribadi kepada pihak yang tidak bertanggungjawab.

Menurut kenyataan Kementerian Dalam Negeri (KDN):

Waspada dengan emel palsu yang diterima dengan tajuk: Parcel Delivery : Ministry of Home Affairs- Customer Service. Sila abai dan padam emel seumpama ini kerana ia memohon pengguna melakukan transaksi pembayaran.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak melantik mana-mana pihak ketiga untuk bertindak bagi pihak kementerian dan menasihatkan orang ramai agar berhati-hati semasa melakukan sebarang transaksi secara atas talian.

SUMBER:

Facebook Rasmi KDN
Twitter Rasmi KDN

SEBENARNYA:

Menurut kenyataan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA):

MIDA ingin merujuk kepada poster yang tular di media sosial sejak kebelakangan ini dengan tajuk ‘Pelaburan Amanah’ dan ‘Pelaburan Patuh Syariah’. Poster tersebut telah menggunapakai nama, logo dan imej pegawai MIDA.

Harap maklum, berita tersebut adalah palsu yang telah diiklankan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

MIDA adalah sebuah agensi promosi dan pembangunan pelaburan utama kerajaan di bawah Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) untuk menyelaras dan menggalakkan pelaburan ke dalam sektor perkilangan dan perkhidmatan di Malaysia. Sebarang makluman rasmi sila rujuk laman sesawang www.mida.gov.my

Menurut kenyataan Kementerian Dalam Negeri (KDN):

Waspada dengan emel palsu yang diterima dengan tajuk: Parcel Delivery : Ministry of Home Affairs- Customer Service. Sila abai dan padam emel seumpama ini kerana ia memohon pengguna melakukan transaksi pembayaran.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak melantik mana-mana pihak ketiga untuk bertindak bagi pihak kementerian dan menasihatkan orang ramai agar berhati-hati semasa melakukan sebarang transaksi secara atas talian.

SUMBER:

Facebook Rasmi KDN
Twitter Rasmi KDN

SEBENARNYA:

Menurut Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ):

JPJ mengambil berat isu tular mengenai penjualan nombor pendaftaran dan penggunaan logo JPJeBID melalui platform TikTok.

Untuk makluman Jabatan ini tidak mempunyai akaun TikTok @jpjebidofficial serta mengeluarkan apa-apa risalah berhubung penjualan nombor pendaftaran seperti di akaun tersebut.

Penggunaan logo rasmi Jabatan tanpa kebenaran adalah suatu kesalahan dan Jabatan ini tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang menyalahgunakan logo rasmi Jabatan.

Dalam hal ini, orang ramai dinasihatkan agar tidak mudah percaya dan menghubungi JPJ berdekatan untuk maklumat yang lebih tepat. JPJ sentiasa komited dalam menguatkuasakan undang-undang berkaitan jalan raya demi kesejahteraan orang awam khususnya pengguna jalan raya.

Saluran aduan http://jpj.spab.gov.my/eApps/system/index.do

SUMBER:

Facebook Rasmi JPJ