Yang Amat Berhormat Perdana Menteri (YAB PM) Menjelaskan:

“Ada pihak yang cuba memutarbelitkan kenyataan saya berkenaan minyak paket yang digunakan Makcik Goreng Pisang.

Sebenarnya, minyak paket yang bersubsidi tersebut adalah untuk kegunaan domestik, bukan komersial.

Namun, apabila peniaga kecil menggunakan minyak berpaket, adakah kita akan saman mereka? Sudah pasti kita tidak sampai hati untuk mengeluarkan saman terhadap peniaga kecil yang menggunakan minyak paket.

Bukan sesuatu yang mudah tetapi ada perkara-perkara yang kita perlu pertimbangkan.
Tetapi, Kerajaan tidak berdiam diri. Insya Allah kita akan lakukan yang terbaik dalam menangani perkara ini”

Menurut Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB):

Adalah dimaklumkan bahawa pautan yang sedang tular berkaitan Ulang Tahun KTMB adalah palsu.

Orang awam diminta untuk tidak klik pada pautan tersebut untuk mengelakkan sebarang kesulitan berlaku.

SUMBER:

Facebook Rasmi KTMB

 

SALAM RAMADAN KEPADA SEMUA KOMUNITI DARIPADA KAMI PUSAT EKONOMI DIGITAL FELDA JENGKA 21.

ADALAH DIMAKLUMKAN WAKTU OPERASI ADALAH SEPERTI BERIKUT SEPANJANG BULAN RAMADAN ,

WAKTU BUKA : 8.00 PAGI SEHINGGA 5.00 PETANG

WAKTU REHAT : 1.00 TENGAH HARI SEHINGGA 2.00 PETANG

WAKTU REHAT JUMAAT : 12.30 TENGAH HARI SEHINGGA 2.30 PETANG

Nak buat benda yang positif ‘n produktif ni senang aje. ​
Cipta atau kongsi kandungan tentang pengalaman hidup dengan cara yang lebih kemanusiaan.​
Banyak kandungan di Internet terutamanya di media sosial yang berunsurkan kebaikkan, memberi faedah, mendidik, dan menonjolkan perbuatan serta akhlak yang mulia.​
Jika kita gemar membuat hantaran dan mencipta kandungan, kita boleh berkongsi cerita tentang usaha dan pencapaian kita dalam bidang pelajaran, contohnya. ​
Untuk orang yang jenis malu dan segan untuk berkongsi cerita kejayaan sendiri, apa kata reshare cerita kejayaan orang lain yang boleh dijadikan sumber inspirasi. Tapi, periksa kesahihannya dulu ya ;P​
Cipta kandungan tentang pengalaman hidup dengan cara yang lebih kemanusiaan.​
Kempen KDB Positif ‘n Produktif menekankan kesedaran dan panduan tentang amalan baik penggunaan Internet yang positif dan beretika serta memupuk amalan produktif dalam kalangan pengguna. ​
Kempen ini menggunapakai pendekatan yang memfokus kepada empati, mencetus tajuk perbualan, dan keceriaan.​
 
 
Lindungi kanak-kanak dalam talian!
Kanak-kanak cenderung untuk berkenalan, berinteraksi dan berkongsi apa sahaja maklumat mengenai mereka dengan individu yang dikenali dalam talian. Ini mengundang bahaya kepada keluarga dan juga diri sendiri.