Kedai ini terletak di hadapan stesen minyak Petronas Felda Jengka 21. Diusahakan oleh Nor Baizura dan keluarganya. Beliau menjual perbagai jenis makanan dan minuman dengan harga yang berpatutan. Dibuka setiap hari kecuali Sabtu bermula pukul 3.30 Petang sehingga 9.00 malam.

 

WARUNG ANEKA MAKANAN MAN KURUS

En Kamarul Zaman bin Marzuki (En Man). Beliau merupakan penduduk tetap di Felda Jengka 21, Maran, Pahang. Beliau telah berkecimpung secara aktif di dalam perusahaan ini selama lebih kurang 4 tahun. Berikut merupakan butir-butir berkenaan perniagaan En Man.

Warung En Man ini terletak di Blok 1 Felda Jengka 21. Pelbagai menu makanan boleh didapati di warung ini. Antaranya adalah nasi lemak, mee sup, laksa, mee rojak, goreng pisang, kuih muih, abc dan pelbagai lagi. Waktu operasi perniagaan beliau bermula dari pukul 3 petang sehingga 9 malam.