NAMA : MOHD IQBAR BIN ABDULLAH

UMUR : 30 TAHUN

Iqbar merupakan AJK Persatuan Belia Felda Jengka 21. Beliau merupakan belia yang aktif melibatkan diri dalam kelas dan aktiviti

Pi1M. Beliau juga turut menjadi sukarelawan dalam Hari Perasmian Pi1M Felda Jengka 21.

Selepas menghadiri kelas ICT yang dianjurkan oleh Pi1M Felda Jengka 21, Iqbar dapat mempelajari cara-cara menggunakan

computer dan menggunakan internet untuk mencari maklumat. Beliau juga mudah untuk melakukan kerja-kerja berkaitan

Persatuan Belia dengan menggunakan computer disamping menyebarkan aktiviti-aktiviti yang akan dilakukan oleh persatuan belia

secara atas talian.

 

Puan Azimah merupakan ibu tunggal di Felda Jengka 21. Beliau telah berjaya mengembangkan perniagaan dengan membuka kedai di hadapan Petronas Felda Jengka 21. Sebelum ini, beliau hanya berniaga di pasar malam, pasar tani juga secara atas talian. Namun pendapatannya mula terjejas berikutan pkp yang bermula pada bulan Mac 2020. Akhirnya, beliau nekad membuka kedai secara harian dan menjual pelbagai jenis makanan. Perniagaan beliau juga semakin berkembang dengan bantuan Petugas Pusat Internet Malaysia Felda Jengka 21.

 -gambar di sini-

NOR BAIZURA BINTI SAAD

Puan Baizura merupakan seorang suri rumah yang menjalankan perniagaan homemade pes tomyam, kuah rojak dan juga serbuk asam boi. Beliau menghasilkan sendiri produk beliau di rumah dan menjualnya secara atas talian. Puan Baizura kerap hadir ke PIM Felda Jengka 21 untuk mempelajari cara-cara untuk mempromosikan produk beliau. Beliau menggunakan applikasi dashboard My shop, Facebook Page dan juga instagram untuk mempromosikan produk beliau dengan bimbingan daripada petugas PIM.

Puan Baizura banyak melibatkan diri dalam aktiviti dan program yang dijalankan di PIM Felda Jengka 21. Beliau juga akan berhubung dengan petugas jika terdapat masalah untuk memasarkan produk beliau. Kini beliau dapat menjana pendapatan ratusan ringgit sebulan dengan bantuan PIM Felda Jengka 21.

 

 

Puan Mas merupakan seorang usahawan yang berjaya di Felda Jengka 21. Beliau merupakan seorang suri rumah yang berminat menceburi bidang perniagaan dan menghasilkan produk beliau sendiri untuk dipasarkan. PIM telah membantu Puan Mas dalam memasarkan produk beliau secara atas talian menggunakan medium media sosial dan juga applikasi MY SHOP. Kini pelanggan beliau terdiri daripada pelbagai negeri hasil daripada perniagaan secara atas talian. Produk beliau juga semakin dikenali ramai dengan penghasilan produk MAS JAMU NUSANTARA, SABUN MUKA MAS NUSANTARA DAN MASKER KUNYIT.

 

MOHD IQBAR BIN ABDULLAH

Mohd Iqbar merupakan pemuda daripada Pesatuan Belia Felda Jengka 21. Beliau banyak mempelajari mengenai kemahiran ICT dan juga applikasi atas talian. Beliau banyak mengikuti kelas dan program yang diadakan oleh Pusat Internet Maaysia Felda Jengka 21 dan juga pernah menjadi sukarelawan PIM dalam program yang diadakan di sini. Beliau juga menggunakan applikasi dashboard untuk menyebarkan aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan oleh persatuan belia.