Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang (KMTPh) asalnya adalah Sekolah Menengah Teknik Jengka. Pada akhir tahun 2008, sekolah tersebut telah dinaiktaraf menjadi kolej matrikulasi bagi memenuhi keperluan pendidikan peringkat tinggi semasa yang kian berkembang.

Terletak di atas tapak berkeluasan 40.06 ekar (16.21 hektar) dan berhampiran dengan kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Jengka menjadikan kedudukannya hanya 8 km dari bandar Jengka dan mudah dihubungi dengan adanya laluan keluar di Chenor melalui Lebuhraya Pantai Timur. Ia juga boleh dihubungi melalui laluan bandar Maran dan Jerantut ke bandar Jengka.

Pada awal penaiktarafan, kolej ini telah diurustadbir oleh pegawai ”Task Force” seramai 4 orang yang diketuai oleh seorang Pengarah dengan dibantu oleh 20 orang pensyarah. Tanggungjawab awal pasukan ini adalah untuk merangka dan menggerakkan budaya kerja matrikulasi. Pada masa yang sama membuat persediaan untuk kemasukan pelajar sulungnya pada 11Mei 2009.

Kolej ini menawarkan pengajian satu tahun (PST) dalam Jurusan Teknikal. Kelayakan masuk untuk mengikuti jurusan yang ditawarkan ditentukan oleh Bahagian Matrikulasi KPM berdasarkan kepada keputusan SPM dengan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

Pembelajaran pengajian dilaksanakan dalam bentuk kuliah, tutoran dan praktikal. Kaedah tersebut diaplikasikan untuk menyediakan dan melengkapkan diri pelajar kepada konsep belajar di menara gading. Proses pengajaran memfokus dan menjana pelajar ke arah mencapai keunggulan dalam setiap kecemerlangan seiring dengan motto, visi dan misi kolej.

 

   

Sekolah kebangsaan Felda Jengka 21 atau nama ringkasnya SK (Felda) Jengka 21, merupakan Sekolah Kebangsaan yang terletak di Jalan Teratai 1, jengka 21.
Alamat : Sekolah Kebangsaan ( Felda ) Jengka 21,
               Jalan Teratai 1, Felda Jengka 21,
               26400, Bandar Jengka,
               Pahang
Telefon = 094862301
Fax      = 094862301
sumber : https://www.facebook.com/skjengka21/
               https://ms.wikipedia.org/wiki/Sekolah_Kebangsaan_(Felda)_Jengka_21

PDK ditubuhkan bertujuan untuk menyediakan tempat bagi anak-anak istimewa di rancangan dan mereka akan diajar tentang kemahiran hidup. Kemudahan yang disediakan termasuk bangunan, kelengkapan dan peralatan yang sesuai serta tenaga guru dan penjaga/pengasuh. Dengan cara ini mereka diajar menguruskan diri dan secara tidak langsung berinteraksi antara satu sama lain.

 

  

Sekolah menengah kebangsaan Jengka 21 terletak dalam kawasan Felda jengka 21. Pelajar Sekolah ini terdiri dari kaum melayu dan juga india. Waktu persekolahan bermula seawal 7.30 pagi sehingga 2.45 petang.

 

ALAMAT SEKOLAH : Sekolah Menengah Kebangsaan (LKTP) Jengka 21,

                                 Felda Jengka 21,

                                 26400, Bandar Jengka,

                                 Pahang,

                                 Telefon = 6094862325

                                 Fax = 6094862325

 

 

 

Kolej Sentral terletak di Bandar Jengka. Terdapat pelbagai kursus disediakan di sini antaranya ialah pengurusan maklumat, penyediaan makanan, elektrik, pengurusan hotel dan lain-lain lagi. Antara kemudahan yang disediakan ialah asrama, bengkel, pengangkutan, pusat sumber, dewan dan lain-lain lagi. 

 

WARISAN JENGKA EDUCATION SDN BHD

ARAS TANAH, WISMA WARISAN,

26400 BANDAR TUN ABDUL RAZAK JENGKA, PAHANG

WEBSITE :www.kolejsentral.edu.my

NO TEL : 09-4677 777, 09-4675 077

H/P : 013-9331918

FAX : 09-4676 777

 

sumber maklumat daripada www.kolejsentral.edu.my