1. Gunung Senyum
Gunung Senyum atau Taman Rekreasi Gunung Senyum, pada 1549 meter dari aras laut adalah tapak arkeologi yang penting. Ia terletak berhampiran Sungai Pahang kira-kira 68 kilometer dari bandar Temerloh dan kira-kira 15 kilometer dari Jengka 21. Taman ini adalah sebahagian daripada Hutan Simpan Jengka, yang meliputi kawasan seluas 794 hektar. Gunung Senyum terdiri daripada batu kapur dan batu, dianggarkan berusia sekitar 3,000 tahun, manakala kawasan tanah rendah di sebelah timur itu dibuat daripada batu lumpur dan syal dianggarkan berusia sekitar 2100 tahun.Keunikan dan keaslian Gunung Senyum telah menarik ramai pelancong dan penyelidik dari pelbagai tempat.
Gunung Senyum mempunyai hutan Dipterokarp Bukit. Terdapat banyak flora atau tumbuhan herba di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan. Bagaimanapun, masih ramai tidak mengetahui kisah sebenar di sebalik kewujudan Gunung Senyum yang memiliki 25 gua dengan pelbagai nama unik dan klasik. Antara gua yang menjadi pilihan pengunjung ialah Gua Tapa, Gua Gudang Kelawar, Gua Kolam Tujuh, Gua Batu Merlap, Gua Kambing, Gua Gajah, Gua Silat, Gua Jebak Puyuh, Gua Gong dan Gua Danau Impian.Selain itu terdapat juga Gua Mayat, Gua Rangkak, Gua Taman 1, Gua Taman 2, Gua Terang bulan, Gua Sisik dan Gua Ular. Gua Kolam dipercayai menjadi tempat bersiram seorang puteri bunian suatu ketika dulu. Gua Nesan menyimpan 19 pasang batu nesan di dalamnya. Gua Merlap dikatakan pernah menjadi tempat tinggal Orang Bunian malah penduduk turut mendakwa mengenai kehadiran batu bersinar yang tergantung di dalam gua itu.
Sejarah Gunung Senyum
Terdapat beberapa versi mengenai asal-usul nama Gunung Senyum ini. Antaranya, dikatakan semasa Sultan Pahang sampai di kaki gunung tersebut, baginda bertanya tentang nama gunung itu kepada para pembesar yang mengiringi baginda. Namun, tidak ada seorangpun yang tahu mengenainya sebaliknya para pembesar tersebut hanya mampu tersenyum. Bagi mengelak rasa malu dengan Orang Besar Pahang yang ada bersamanya, baginda menamakannya Gunung Senyum kerana gelagat pegawai istananya yang asyik tersenyum.
Antara legenda paling terkenal di Gunung Senyum ialah mengenai kisah Tok Long iaitu seorang lelaki berhati mulia, Tok Long yang dikatakan pernah mengahwini gadis bunian di kawasan gunung ini. Akibat melanggar janji, Tok Long gagal menemui kembali isterinya di alam bunian menyebabkannya mengambil keputusan bertafakur di situ sehingga meninggal dunia. Kubur di Gua Makam Tok Long dikatakan bukti kisah lama yang diperturunkan dari generasi ke generasi.
Gunung Senyum terletak berhampiran Sungai Pahang dan boleh didatangi melalui jalan darat daripada Temerloh atau Jerantut. Jika melalui pekan Kuala Krau, pengunjung perlu menyeberangi Sungai Pahang menggunakan perkhidmatan bot yang diusahakan oleh penduduk tempatan. Dari kajian arkeologi, hutan lipur ini dikatakan menyimpan sejarah kehidupan manusia Zaman Mesolitik.
Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM) negeri Pahang telah menjadikan puncak gunung Senyum sebagai pusat origin koordinat bagi negeri ini kerana terletak di tengah-tengah negeri Pahang.
http://jengka21.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/sosio-ekonomi#sigFreeId7b616c9d11
Sumber daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas, http://www.pahangtourism.org.my dan http://gunungsenyumexplorer.blogspot.my/
2. Air Terjun Lubuk Yu
Air Terjun Lubuk Yu terletak di Maran, Pahang, Malaysia. Ia berdekatan dengan tanah rancangan FELDA Jengka dan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Kampus Khazanah Alam dan Hutan Lipur Teladas.
Nama air terjun ini sempena nama kesan air terjun yang berbentuk huruf U. Pengunjung terpaksa melalui kawasan kebun getah sejauh dua kilometer dari jalan utama. Pengunjung boleh datang dari Jalan Maran-Jerantut atau Jalan Bandar Jengka-FELDA Ulu Jempol untuk ke Lubuk Yu.
http://jengka21.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/sosio-ekonomi#sigFreeIda23c90bf5b
http://jengka21.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/sosio-ekonomi#sigFreeIdf5ac720694
Sumber daripada wikipedia
3. Lubuk Ujid
Lubuk Ujid terletak di Kuala Sentul iaitu kira-kira 10km perjalanan dari Bandar Maran dan 35km dari Felda Jengka 21. Ia merupakan kawasan tumpuan pengunjung terutamanya pada hujung minggu dan cuti umum. Di sekitar kawasan ini terdapat kemudahan seperti surau, tandas dan tempat meletak kenderaan. Arus sungai yang tidak begitu deras, bersih, dihiasi dengan batuan sungai yang menarik pandangan sesuai untuk semua lapisan pengunjung.
http://jengka21.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/sosio-ekonomi#sigFreeId075d8e094f