Menurut CyberSecurity Malaysia:

CyberSecurity Malaysia mengeluarkan amaran kepada pengguna dan organisasi mengenai panggilan tidak dikenali, e-mel pancingan data, laman web pancingan data atau mesej yang meminta untuk memuat turun kemaskini perisian atau menyediakan akses jauh (remote) untuk baik pulih komputer berikutan gangguan global CrowdStrike baru-baru ini.

Pengguna dan pentadbir sistem adalah dinasihatkan untuk mengambil langkah-langkah berikut:

Amalan terbaik bagi Pengguna Internet Umum:

1) Berwaspada pancingan data (phishing);

2) Periksa nama domain pautan dalam e-mel/ SMS;

3) Komunikasi dari sumber rasmi;

4) Gunakan perkhidmatan yang dipercayai (keselamatan laman web dan URL);

5) Laporkan transaksi bank yang mencurigakan segera kepada hotline bank (24/7) atau hubungi NSRC di 997 dalam 24 jam; dan

6) Dapatkan nasihat daripada pihak berkuasa dan organisasi keselamatan siber yang dipercayai.

SUMBER:

Facebook Rasmi CyberSecurity Malaysia