Masjid Tun Abdul Razak Jengka ini mula dibina pada bulan Oktober 2015 dan siap sepenuhnya pada 17 Julai 2018 bersamaan 4 Zulkaedah 1439H.
Perpustakaan Awam Bandar Jengka terletak di dalam Bandar Jengka dan beroperasi bermula jam 9.00 pagi sehingga 5.00 petang.
Antara Kemudahan yang disediakan di sini ialah :
Ruang Bacaan
Perpustakaan menyediakan ruang bacaan yang memisahkan pengguna dewasa dan kanak - kanak. Kapasiti pengguna bergantung kepada jenis perpustakaan, sudah pasti ruang di perpustakaan desa jauh lebih kecil berbanding ruang bacaan di perpustakaan daerah/ negeri.
Bacaan Majalah dan Akhbar
Pengguna perpustakaan boleh membaca majalah dan akhbar yang disediakan secara percuma tetapi tidak dibenarkan meminjam bahan berkenaan.
http://jengka21.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/infrastruktur/kemudahan-asas#sigFreeIda099b67a37
Sumber : https://www.facebook.com/Perpustakaan-Awam-Cawangan-Jengka-248797208620644/
Kemudahan awam yang terdapat di Felda Jengka 21 boleh disifatkan sebagai sempurna dan lengkap. Hampir keseluruhan penduduk mendapat bekalan elektrik dan air yang mencukupi. Disamping itu, kemudahan-kemudahan asas seperti balairaya, gelanggang sepak takraw, padang bola, jalanraya berturap, pondok telefon, dataran usahawan, surau dan masjid turut terdapat di Felda Jengka 21.
Selain daripada kemudahan asas yang terdapat di kawasan jengka, penduduk juga boleh mendapatkan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan lain seperti perbankan, perkhidmatan pos, kesihatan dan keperluan harian di Bandar Tun Abdul Razak Jengka (Jarak Lingkungan 15 Kilometer).
KEMUDAHAN ASAS DI FELDA JENGKA 21
Masjid Al-Muhajirin Felda Jengka 21
Pintu Gerbang Felda Jengka 21
Petronas Felda Jengka 21
Mesin ATM (Petronas)
Gelanggang Serbaguna Felda Jengka 21 (Gelanggang Sepak Takraw)
Gelanggang Futsal Felda Jengka 21
Padang Awam Felda Jengka 21
Balairaya Felda Jengka 21
KEMUDAHAN ASAS DI BANDAR TUN ABDUL RAZAK JENGKA
Terminal Bas Jengka Sentral
Jengka Sentral dibangunkan oleh Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) menggantikan terminal bas dan teksi lama setanding dengan terminal baharu yang dibina di bandar-bandar besar. Jengka Sentral juga diilhamkan sebagai pusat perniagaan yang mampu memberikan prospek ekonomi lebih baik kepada peniaga dan sebanyak 16 lot perniagaan, enam kios, 10 ruang makan dan sebuah pusat boling diwujudkan bagi memberi peluang kepada usahawan tempatan berniaga.
Hasil tinjauan pihak ECERDC di terminal itu mendapati, rata-rata pengguna berpuas hati malah bagi mereka, Jengka Sentral dianggap sebagai hadiah bermakna kepada penduduk di kawasan tersebut. Antara kemudahan yang disediakan ialah kemudahan wifi, surau, ATM, bowling dan medan selera.
http://jengka21.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/infrastruktur/kemudahan-asas#sigFreeId62d0225163
Stadium Tun Abdul Razak
Stadium Tun Abdul Razak (STAR) , sebuah stadium bola sepak khas untuk pasukan bola FELDA kini gah berdiri di Bandar Pusat Jengka, Pahang. Bermula tahun 2016, pasukan bola sepak FELDA United FC tidak lagi perlu menumpang di stadium Selayang kerana Felda United sudah ada rumahnya sendiri , atau dalam istilah bola sepak “home” game.
http://jengka21.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/infrastruktur/kemudahan-asas#sigFreeId1b8b8f3910