Kemudahan awam yang terdapat di Felda Jengka 21 boleh disifatkan sebagai sempurna dan lengkap. Hampir keseluruhan penduduk mendapat bekalan elektrik dan air yang mencukupi. Disamping itu, kemudahan-kemudahan asas seperti balairaya, gelanggang sepak takraw, padang bola, jalanraya berturap, pondok telefon, dataran usahawan, surau dan masjid turut terdapat di Felda Jengka 21.

Selain daripada kemudahan asas yang terdapat di kawasan jengka, penduduk juga boleh mendapatkan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan lain seperti perbankan, perkhidmatan pos, kesihatan dan keperluan harian di Bandar Tun Abdul Razak Jengka (Jarak Lingkungan 15 Kilometer).

 

KEMUDAHAN ASAS DI FELDA JENGKA 21

 

 j.JPG

Masjid Al-Muhajirin Felda Jengka 21

 

a.jpg

 Pintu Gerbang Felda Jengka 21

 

b.jpg

 Petronas Felda Jengka 21

 

c.jpg

 Mesin ATM (Petronas)

 

 e.jpg

 Gelanggang Serbaguna Felda Jengka 21 (Gelanggang Sepak Takraw)

 

g.jpg

Gelanggang Futsal Felda Jengka 21

 

h.jpg

Padang Awam Felda Jengka 21

 

i.jpg

Balairaya Felda Jengka 21

 

 

 

KEMUDAHAN ASAS DI BANDAR TUN ABDUL RAZAK JENGKA

 

Terminal Bas Jengka Sentral

Jengka Sentral dibangunkan oleh Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) menggantikan terminal bas dan teksi lama setanding dengan terminal baharu yang dibina di bandar-bandar besar. Jengka Sentral juga diilhamkan sebagai pusat perniagaan yang mampu memberikan prospek ekonomi lebih baik kepada peniaga dan sebanyak 16 lot perniagaan, enam kios, 10 ruang makan dan sebuah pusat boling diwujudkan bagi memberi peluang kepada usahawan tempatan berniaga.

Hasil tinjauan pihak ECERDC di terminal itu mendapati, rata-rata pengguna berpuas hati malah bagi mereka, Jengka Sentral dianggap sebagai hadiah bermakna kepada penduduk di kawasan tersebut. Antara kemudahan yang disediakan ialah kemudahan wifi, surau, ATM, bowling dan medan selera.

sumber daripada utusan dan sinar harian.

 

 

Stadium Tun Abdul Razak

Stadium Tun Abdul Razak (STAR) , sebuah stadium bola sepak khas untuk pasukan bola FELDA kini gah berdiri di Bandar Pusat Jengka, Pahang. Bermula tahun 2016, pasukan bola sepak FELDA United FC tidak lagi perlu menumpang di stadium Selayang kerana Felda United sudah ada rumahnya sendiri , atau dalam istilah bola sepak “home” game.

Dengan terbinanya  stadium ini boleh dikatakan ia bermatlamat secara berangkai, kerana selain untuk menempatkan pasukan bola sepak Felda United berlatih dan bermain sebagai “home” team di sini, ia juga akan mendatangkan  limpahan ekonomi dan bakal menjadikan Bandar Pusat Jengka sibuk dan hidup dengan aktiviti. Stadium yang boleh dikira sebagai “state of the art” ini berbentuk moden di mana jarak antara penonton dengan padang di dekatkan kerana stadium ini berciri “all seater” dan tiada banyak ruangan penonton untuk berdiri. Selain itu kawasan permainannya ditanam dengan rumput tiruan yang telah diiktiraf oleh FIFA badan induk bolasepak dunia.
sumber daripada babab.net