Taman Awam Jengka mula dibuka pada tahun 2022 terletak bersebelahan MYDIN Bandar Jengka. Taman Awam ini digunakan oleh penduduk Jengka untuk beriadah dan rekreasi. 

  

Rabbitland Jengka ialah sebuah mini zoo dan tempat rekreasi yang terletak di Jalan Besar Jengka 14, Bandar Jengka, Maran Pahang. Menjadi tempat rekreasi keluarga dan juga ternakan haiwan. Buka setiap hari (Isnin sehingga Ahad) dari jam 9 pagi -7 petang.

 

Sebuah bukit yang kini dikenali sebagai Kinabalu Hill yang terletak di Jengka 12, Maran menjadi tarikan baru orang di kawasan sekitar. Untuk ke Jengka 12 ia mengambil masa lebih kurang 1 jam setengah untuk sampai

Ia merupakan sebuah bukit yang mempunyai pemandangan yang indah dan sesuai untuk riadah bersama keluarga,ketinggian bukit 145 meter dan boleh didaki pada waktu pagi untuk melihat matahari terbit dan petang.

Melihat pemandangan ladang sawit yang meluas, pastinya ia menjanjikan kepuasan kepada mereka yang berjaya naik keatas. Trek jalan kaki ke bukit ini disediakan, jadi anda tidak perlu risau akan jalan yang sukar untuk naik.

Kinabalu Hill diusahakan oleh penduduk tempatan bagi tujuan pengunjung datang dan ia dibuka kepada awam. Beberapa aspek keselamatan ditambah bagi memudahkan pengujung seperti kerusi buluh dan pemegang untuk naik keatas bukit.

Usaha ini seharusnya diberikan pujian kerana dengan hasil titik peluh mereka, berjaya menaikkan reputasi Jengka sebagai pusat pelancongan.

sumber : https://www.kuantanloka.com/lihat-matahari-terbit-di-hidden-gem-kinabalu-hill-jengka-pahang/

     

 

      Taman Tasik Maran adalah sebuah lokasi untuk beriadah. Taman Tasik Maran ini dilengkapi dengan dua buah 'playground' yang boleh menampung ramai kanak-kanak dalam satu masa, trek untuk berjogging dengan mengelilingi tasik yang bersaiz besar, Chalet Majlis Daerah Maran, dan banyak lagi. Taman Tasik Maran mempunyai pemandangan dan fasiliti yang sangat baik dan anda tidak akan sekali-kali rugi untuk berkunjung ke sini. Tarikan baru di Taman Tasek adalah tempat untuk sewaan basikal dan kereta mainan yang menjadi tarikan terbaru yang pasti dapat mengisi masa riadah penduduk di sekitar maran dengan penambahan gerai-gerai jualan makanan.  

 

  

Homestay ini menyediakan perkhidmatan berkonsepkan hotel bajet dan terletak di pintu masuk Felda Jengka 21. Para pengunjung boleh menginap di homestay ini dengan harga yang berpatutan serendah RM90 sehari dan bilik yang serba lengkap dan selesa. Homestay ini berdekatan dengan stesen minyak petronas, kedai runcit, kedai makan dan jalan utama.

KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN:

-bilik tidur dengan bilik air dan 1 katil kelamin 1 katil bujang
-semua bilik dilengkapi dengan penghawa dingin.
-bilik air dilengkapi dengan gel mandian, syampu, dan tuala
-disediakan juga ruang untuk solat beserta sejadah
-teh,kopi gula, pemanas air turut dilengkapi.
-ruang legar yang luas ( meja/ kerusi disediakan )
-ruang parkir yang luas berhadapan dengan homestay
-Kedai makan,stesen minyak ,mesin ATM, carwash,dan kedai runcit yang berdekatan.
-siaran televisyen