Tarikh | : 4 Disember 2020 |
Masa | : 10.00 pagi - 12.00 tengah hari |
Lokasi | : Pusat Internet Malaysia Felda Jengka 21 |
Peserta | : 11 orang |
Tujuan | |
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mempromosikan pusat internet kepada pelajar Pra sekolah dan memberi semangat kepada barisan hadapan covid 19. |
Aktiviti | |
Sebelum pertandingan dimulakan, petugas memberi taklimat kepada para pelajar mengenai tugas dan tanggungjawab barisan hadapan frontliner. Petugas juga memberikan maklumat kepentingan Pusat Internet Malaysia kepada pelajar sekolah dan juga masyarakat. Selepas itu, pelajar diberi lukisan bergambar barisan bahadapan dan dikehendaki mewarnakan lukisan tersebut mengikut masa yang telah ditetapkan. |
Tarikh | : 22 Januari 2020 |
Masa | : 3.00 petang - 5.00 petang |
Lokasi | : PIM Felda Jengka 21 |
Peserta | : 8 orang |
Tujuan | |
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada pelajar untuk mengulangkaji bahasa inggeris dan bermain permainan yang menyeronokkan. |
Aktiviti | |
Pelajar sekolah diberi masa untuk bermain permainan Bookworm Adventure dan mencipta seberapa banyak perkataan bahasa inggeri menggunakan huruf-huruf yang telah diberikan. Pelajar perlu menyelesaikan setiap misi untuk ke peringkat seterusnya. |
Tarikh | : 18 Oktober 2019 |
Masa | : 10.00 pagi - 12.00 petang |
Lokasi | : Sekolah Menegah Felda Jengka 21 |
Peserta | : 50 orang |
Tujuan | |
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan penerangan mengenai siaran Myfreeview kepada komuniti setempat bersempena program Hari Koperasi SMK Felda Jengka 21. |
Aktiviti | |
Komuniti diberikan penerangan mengenai siaran Myfreeview dan diberikan risalah untuk rujukan mereka. Mereka diberi peluang untuk sesi soal jawab berkenaan Myfreeview. |
Tarikh | : 12 November 2019 |
Masa | : 8.00 pagi - 3.00 petang |
Lokasi | : Pusat Internet Malaysia Felda Jengka 21 |
Peserta | : 350 orang |
Tujuan | |
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mempromosikan pusat internet kepada komuniti dan merapatkankan jurang ict kepada penduduk setempat. |
Aktiviti | |
Pelbagai aktiviti diadakan antaranya termasuklah kuiz ict, pertandingan menaip pantas, klik dengan bijak, taklimat buli cyber, demo pemadaman api dan lain-lain lagi. Antara agensi terlibat ialah klinik kesihatan malaysia, bomba & penyelamat Malaysia, kwsp, dan Hazarah vision. Para pengunjung diberi peluang untuk menyertai setiap aktiviti yang dilakukan secara terbuka. |
Tarikh | : 27 September 2019 |
Masa | : 3.00 petang - 5.00 petang |
Lokasi | : PIM Felda Jengka 21 |
Peserta | : 8 orang |
Tujuan | |
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada pelajar untuk mengulangkaji sifir secara lebih menarik melalui permainan pendidikan. |
Aktiviti | |
Pelajar sekolah rendah diberi masa untuk menjawab soalan sifir dengan bermain permainan pendidikan. Pelajar yang dapat menjawab semua soalan secara tepat dan pantas mendapat saguhati daripada petugas PIM. Soalan sifir untuk setiap Pc adalah berbeza. |