Tarikh | : 26 Januari 2018 |
Masa | : 3.00 petang - 6.00 petang |
Lokasi | : PI1M Felda Jengka 21 |
Peserta | : 6 orang |
Tujuan | |
Kelas ini dihadiri oleh 6 orang peserta yang terdiri dari ibu bapa, pelajar sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk menggalakkan para peserta untuk menceburkan diri dalam bidang ICT melalui penggunaan Kahoot.it disamping memberikan ilmu pengetahuan yang baru melalui permainan kuiz ini. | |
Aktiviti | |
Pada awalnya para peserta diajar mengenai asas penggunaan ICT supaya peserta dapat membiasakan diri dengan penggunaan internet. Kemudian para peserta diajar untuk membuat soalan menggunakan applikasi dalam talian Kahoot.it. Selepas selesai sesi membina soalan, para peserta menjawab soalan-soalan kuiz yang telah disediakan oleh pihak Pusat Internet yang mana kebanyakannya berkisar mengenai adab berinternet dan klik dengan bijak. |
Tarikh | : 10 Disember 2017 |
Masa | : 9.00 pagi - 6.00 petang |
Lokasi | : PI1M Felda Jengka 21 |
Peserta | : 17 orang |
Tujuan | |
Kelas ini dihadiri oleh 17 orang usahawan dari pelbagai jenis latar belakang. Tujuan bengkel cendawan Volvariella ini diadakan adalah untuk menggalakkan para usahawan untuk menceburkan diri dalam bidang usahawan khususnya dalam bidang penanaman cendawan Volvariella secara komersial serta menerapkan ilmu keusahawanan mereka. | |
Aktiviti | |
Para peserta diajar mengenai asas keusahawanan terutamanya mengenai pemasaran iaitu melalui aplikasi Myshop. Terdapat dua sesi telah diadakan semasa program ini berlangsung. Di sebelah pagi, peserta diajar secara teori tentang penanaman cendawan volvariella dan cara pemasaran melalui applikasi Myshop dan Facebook. Sementara di sebelah petang pula, peserta diajar secara praktikal. Para peserta di bawa ke salah satu kawasan penanaman cendawan yang diusahakan oleh salah seorang penduduk di Jengka 21 - Kak Sarah. | |
LAPORAN AKTIVITI BULAN NOVEMBER 2017
PROGRAM : LITERASI ICT DAN DASHBOARD KOMUNITI NOVEMBER 2017 MASA : 9.00 PAGI HINGGA 3.00 PETANG TUJUAN : MENINGKATKAN KEMAHIRAN ICT DIKALANGAN KOMUNITI DAN MEMPROMOSIKAN APPLIKASI DASHBOARD KOMUNITI. |
Objektif
Mempromosi dan memperkenalkan aplikasi Dashboard Komuniti kepada masyarakat seiring dengan keperluan komuniti setempat yang berkait rapat dengan perhubungan,pembelajaran, perniagaan, kesihatan dan pentadbiran. Meningkatkan taraf sosio ekonomi setempat, merapatkan jurang digital antara komuniti bandar dan luar bandar.
Aktiviti
Aktiviti 1 : Program Jom Sihat : My Health
Aktiviti 2 : Demo Penggunaan My Soal
Aktiviti 3 : Kuiz Kahoot : KDB & Pusat Internet
Aktiviti 4 : Memuat naik gambar : My Shop
Aktiviti 5 : Membuat Hebahan : My Komuniti
Aktiviti 6 : Klik Dengan Bijak : Tayangan Video & Aktiviti 'Word Search' secara berkumpulan
Aktiviti 7 : My Place : Penambahan tempat-tempat menarik
Aktiviti 8 : Pertandingan Mencipta Logo Menggunakan Logomaker
Jamuan dan bersurai.
LAPORAN AKTIVITI BULAN SEPTEMBER 2017
PROGRAM : LITERASI ICT DAN DASHBOARD KOMUNITI MASA : 9.00 PAGI HINGGA 3.00 PETANG TUJUAN : MENINGKATKAN KEMAHIRAN ICT DIKALANGAN KOMUNITI DAN MEMPROMOSIKAN APPLIKASI DASHBOARD KOMUNITI. |
Aktiviti
Aktiviti 1 : Taklimat Dashboard
Aktiviti 2 : My Health
Aktiviti 3 : My Soal
Aktiviti 4 : Kuiz ICT (kahoot)
Aktiviti 5 : My Shop
Aktiviti 6 : Klik Dengan Bijak
Aktiviti 7 : My Place
Aktiviti 8 : Asas Penghasilan Video
Jamuan dan bersurai.
LAPORAN AKTIVITI BULAN OGOS 2017
LAPORAN PROGRAM SAYANGI MATA ANDA.
TARIKH : 16 OGOS 2017 MASA : 9.00 PAGI - 1.00 TENGAH HARI LOKASI : PI1M FELDA JENGKA 21 PESERTA : 30 ORANG |
TUJUAN
Program ini diadakan untuk mempromosikan Pusat Internet 1Malaysia kepada komuniti setempat.
AKTIVITI
Turut terlibat dalam program ini ialah proeyecareoptometry cawangan Temerloh yang memberikan perkhidmatan pemeriksaan mata secara percuma kepada warga setempat. Petugas Pi1M turut memberikan pemeriksaan tekanan darah dan kadar gula dalam darah secara percuma kepada pengunjung yang hadir. Para pengunjung dapat mengetahui fungsi My Health yang terdapat di dalam applikasi dashboard. Para pengunjung turut diajarkan cara untuk mendaftar masuk ke dalam applikasi dashboard untuk melihat senarai keputusan tekanan darah yang pernah dibuat di Pi1M. Tayangan video klik dengan bijak turut disediakan untuk tontonan pengunjung.
KELAS MICROSOFT POWER POINT
Kelas Microsoft Power Point diadakan pada 20 Ogos 2017 melibatkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah. Kelas ini diadakan bermula dari 10.00 pagi sehingga 1.00 tengah hari bertempat di bilik latihan ICT Pi1M Felda Jengka 21. Pelajar didedahkan dengan cara-cara untuk melakukan perbentangan dengan menggunakan Microsoft Power Point. Pelajar juga diajar cara-cara untuk menaip, memasukkan gambar dan memilih slide yang bersesuaian.