LAPORAN AKTIVITI BULAN NOVEMBER 2017

PROGRAM : LITERASI ICT DAN DASHBOARD KOMUNITI NOVEMBER 2017

MASA        : 9.00 PAGI HINGGA 3.00 PETANG

TUJUAN    : MENINGKATKAN KEMAHIRAN ICT DIKALANGAN KOMUNITI DAN MEMPROMOSIKAN APPLIKASI DASHBOARD KOMUNITI.

 

Objektif

 

Mempromosi dan memperkenalkan aplikasi Dashboard Komuniti kepada masyarakat seiring dengan keperluan komuniti setempat yang berkait rapat dengan perhubungan,pembelajaran, perniagaan, kesihatan dan pentadbiran. Meningkatkan taraf sosio ekonomi setempat, merapatkan jurang digital antara komuniti bandar dan luar bandar.

 

Aktiviti

Aktiviti 1 : Program Jom Sihat : My Health

Aktiviti 2 : Demo Penggunaan My Soal

Aktiviti 3 : Kuiz Kahoot : KDB & Pusat Internet

Aktiviti 4 : Memuat naik gambar : My Shop

Aktiviti 5 : Membuat Hebahan : My Komuniti

Aktiviti 6 : Klik Dengan Bijak : Tayangan Video & Aktiviti 'Word Search' secara berkumpulan

Aktiviti 7 : My Place : Penambahan tempat-tempat menarik

Aktiviti 8 : Pertandingan Mencipta Logo Menggunakan Logomaker

Jamuan dan bersurai.

Gambar Di Sini

 


 

 

LAPORAN AKTIVITI BULAN SEPTEMBER 2017

PROGRAM : LITERASI ICT DAN DASHBOARD KOMUNITI

MASA       : 9.00 PAGI HINGGA 3.00 PETANG

TUJUAN    : MENINGKATKAN KEMAHIRAN ICT DIKALANGAN KOMUNITI DAN MEMPROMOSIKAN APPLIKASI DASHBOARD KOMUNITI.

Aktiviti

Aktiviti 1 : Taklimat Dashboard

Aktiviti 2 : My Health

Aktiviti 3 : My Soal

Aktiviti 4 : Kuiz ICT (kahoot)

Aktiviti 5 : My Shop

Aktiviti 6 : Klik Dengan Bijak

Aktiviti 7 : My Place

Aktiviti 8 : Asas Penghasilan Video

Jamuan dan bersurai.

Gambar Di Sini

 


 

 

LAPORAN AKTIVITI BULAN OGOS 2017

LAPORAN PROGRAM SAYANGI MATA ANDA.

 TARIKH  :  16 OGOS 2017

 MASA     :  9.00 PAGI - 1.00 TENGAH HARI

LOKASI   :  PI1M FELDA JENGKA 21

PESERTA :  30 ORANG

TUJUAN

Program ini diadakan untuk mempromosikan Pusat Internet 1Malaysia kepada komuniti setempat.

AKTIVITI

Turut terlibat dalam program ini ialah proeyecareoptometry cawangan Temerloh yang memberikan perkhidmatan pemeriksaan mata secara percuma kepada warga setempat. Petugas Pi1M turut memberikan pemeriksaan tekanan darah dan kadar gula dalam darah secara percuma kepada pengunjung yang hadir. Para pengunjung dapat mengetahui fungsi My Health yang terdapat di dalam applikasi dashboard. Para pengunjung turut diajarkan cara untuk mendaftar  masuk ke dalam applikasi dashboard untuk melihat senarai keputusan tekanan darah yang pernah dibuat di Pi1M. Tayangan video klik dengan bijak turut disediakan untuk tontonan pengunjung. 

Gambar Di Sini

 

KELAS MICROSOFT POWER POINT

Kelas Microsoft Power Point diadakan pada 20 Ogos 2017 melibatkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah. Kelas ini diadakan bermula dari 10.00 pagi sehingga 1.00 tengah hari bertempat di bilik latihan ICT Pi1M Felda Jengka 21. Pelajar didedahkan dengan cara-cara untuk melakukan perbentangan dengan menggunakan Microsoft Power Point. Pelajar juga diajar cara-cara untuk menaip, memasukkan gambar dan memilih slide yang bersesuaian.