Poliklinik Felda Jengka 22 terletak lebih kurang 4 km bersebelahan dengan Felda Jengka 21.  Antara kemudahan yang disediakan oleh poliklinik ini ialah pemeriksaan kesihatan, rawatan penyakit, ubat-ubatan, bantuan kecemasan, x-ray dan rawatan pergigian. Terdapat 2 biji ambulans yang boleh membawa pesakit mendapatkan rawatan di hospital berhampiran.