Tarikh : 28 Oktober 2018
Masa : 3.30 petang - 5.30 petang
Lokasi : PIM Felda Jengka 21
Peserta : 9 orang

 

Tujuan 
Kelas ini dihadiri oleh 9 orang peserta bertujuan untuk memperkenalkan applikasi dashboard kepada para pelajar. Antaranya ialah My Shop, My Komuniti dan juga My Place.
Aktiviti 
Para peserta diberi penerangan mengenai applikasi dashboard yang terbahagi kepada beberapa bahagian. pelajar juga diberi penerangan mengenai my komuniti, my place dan juga my shop. Applikasi Dashboard juga menekankan mengenai kepentingan tidak menyebarkan maklumat palsu di dalam my komuniti.

 

GAMBAR DI SINI

 

Tarikh : 8 September 2018
Masa : 4.00 petang - 6.00 petang
Lokasi : PI1M Felda Jengka 21
Peserta : 12 orang
Tujuan 
Kelas ini dihadiri oleh 12 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk menguji minda para pelajar sekolah mengenai klik dengan bijak.
Aktiviti
Para peserta diberi masa tertentu untuk menjawab soalan kuiz secara online. Terdapat pelbagai level kuiz yang perlu dijawab oleh para pelajar. Soalan kuiz berkisar mengenai klik dengan bijak dan juga ICT. Pemenang kuiz mendapat hadiah daripada petugas PIM.

Gambar di sini

Tarikh        :  17 Mac 2018

Masa          :  9 Pagi - 11 Pagi

Lokasi        :  Pi1M Felda Jengka 21

Peserta      :  13 orang

 

Tujuan

Program ini dihadiri oleh 13 orang komuniti terdiri daripada golongan belia dan warga emas. Program ini dianjurkan oleh pihak PI1M untuk memberi kesedaran kesihatan kepada komuniti. 

Aktiviti

Selepas pendaftaran, komuniti diberikan pendedahan mengenai kesedaran kesihatan dan cara bijak untuk tangani stress. Turut diadakan pemeriksaan tekanan darah ( My Health) dan juga pemeriksaan gula dalam darah. Tayangan video klik dengan bijak juga diselitkan dalam sesi ini.

Gambar di sini

Tarikh : 10 Julai 2018
Masa : 4.00 petang - 6.00 petang
Lokasi : PI1M Felda Jengka 21
Peserta : 9 orang

 

Tujuan 
Kelas ini dihadiri oleh 6 orang peserta yang terdiri dari ibu bapa, pelajar sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk menggalakkan para peserta  untuk memberi pencerahan mengenai klik dengan bijak. 
Aktiviti 
Para peserta diberi penerangan mengenai kepentingan menjadi pengguna yang bijak. Mereka harus mempunyai rasa bertanggungjawab dalam berkongsi maklumat dan menyebarkan maklumat. Mereka juga turut didedahkan akibat penyalahgunaan ICT yang akan merosakkan diri, bangsa dan masyarakat. Pelbagai tayangan video klik dengan bijak dipaparkan sebagai alat bantuan pembelajaran.

Gambar di sini

Tarikh        :  11 Februari 2018

Masa          :  9 Pagi - 2 Petang

Lokasi        :  PiM Felda Jengka 21

Peserta      :  60 orang

 

Tujuan

Program ini dihadiri oleh 60 orang terdiri daripada pelbagai golongan terutamanya kaum wanita. Tujuan program ini diadakan adalah untuk menarik minat komuniti dalam bidang keusahawanan  yang dianjurkan oleh Tupperware Malaysia.Para pengunjung dapat mengetahui peluang-peluang perniagaan yang disediakan oleh Tupperware Malaysia.

Aktiviti

Para peserta diberikan pendedahan mengenai peluang perniagaan yang dapat diceburi disamping mencari pendapatan sampingan sebagai suri rumah. Turut diadakan aktiviti mari memasak bagi menarik minat kaum wanita. Antara aktiviti yang turut diadakan ialah tayangan video klik dengan bijak, pertandingan Kahoot dan My Health. Cenderahati turut disediakan untuk para peserta.

Gambar di sini.