Tarikh : 26 Januari 2018
Masa : 3.00 petang - 6.00 petang
Lokasi : PI1M Felda Jengka 21
Peserta : 6 orang
Tujuan 
Kelas ini dihadiri oleh 6 orang peserta yang terdiri dari ibu bapa, pelajar sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk menggalakkan para peserta  untuk menceburkan diri dalam bidang ICT melalui penggunaan Kahoot.it disamping memberikan ilmu pengetahuan yang baru melalui permainan kuiz ini.
   
Aktiviti 
Pada awalnya para peserta diajar mengenai asas penggunaan ICT supaya peserta dapat membiasakan diri dengan penggunaan internet. Kemudian para peserta diajar untuk membuat soalan menggunakan applikasi dalam talian Kahoot.it. Selepas selesai sesi membina soalan, para peserta menjawab soalan-soalan kuiz yang telah disediakan oleh pihak Pusat Internet yang mana kebanyakannya berkisar mengenai adab berinternet dan klik dengan bijak.

Gambar Disini