MEGAT FAUZI BIN MEGAT NAZRI

 

Megat merupakan pelajar Sekolah Menengah Felda Jengka 21 yang berminat menceburi bidang perniagaan. Walaupun bergelar sebagai seorang pelajar, beliau berusaha untuk mencari pengalaman dan pendapatan sampingan dengan berniaga secara atas talian. Beliau menggunakan applikasi "Facebook Page" dan Dashboard "My Shop" untuk mempromosikan perniagaan beliau. Megat juga banyak mengikuti kelas-kelas yang diadakan di PiM Felda Jengka 21 untuk menambah kemahiran komputer seperti kelas Microsoft Office, Kelas menaip, Asas penghasilan video, Dashboard dan lain-lain lagi.