Puan Mas merupakan seorang usahawan yang berjaya di Felda Jengka 21. Beliau merupakan seorang suri rumah yang berminat menceburi bidang perniagaan dan menghasilkan produk beliau sendiri untuk dipasarkan. PIM telah membantu Puan Mas dalam memasarkan produk beliau secara atas talian menggunakan medium media sosial dan juga applikasi MY SHOP. Kini pelanggan beliau terdiri daripada pelbagai negeri hasil daripada perniagaan secara atas talian. Produk beliau juga semakin dikenali ramai dengan penghasilan produk MAS JAMU NUSANTARA, SABUN MUKA MAS NUSANTARA DAN MASKER KUNYIT.