Nor Azima merupakan jururawat Klinik Desa Felda Jengka 21. Beliau telah mendaftarkan diri pada awal Pusat Internet Malaysia dibuka dan banyak mengikuti kelas celik IT  dan program-program yang dijalankan di Pusat Internet Malaysia Felda Jengka 21.

Selepas menghadiri kelas ICT yang dianjurkan oleh Pusat Internet Malaysia, Azima dapat mempelajari cara-cara menggunakan komputer dan menggunakan internet untuk mencari maklumat. Beliau juga mudah belajar cara-cara untuk menggunakan portal e-kerajaan dan memasukkan data-data secara atas talian.