NOR BAIZURA BINTI SAAD

Puan Baizura merupakan seorang suri rumah yang menjalankan perniagaan homemade pes tomyam, kuah rojak dan juga serbuk asam boi. Beliau menghasilkan sendiri produk beliau di rumah dan menjualnya secara atas talian. Puan Baizura kerap hadir ke PIM Felda Jengka 21 untuk mempelajari cara-cara untuk mempromosikan produk beliau. Beliau menggunakan applikasi dashboard My shop, Facebook Page dan juga instagram untuk mempromosikan produk beliau dengan bimbingan daripada petugas PIM.

Puan Baizura banyak melibatkan diri dalam aktiviti dan program yang dijalankan di PIM Felda Jengka 21. Beliau juga akan berhubung dengan petugas jika terdapat masalah untuk memasarkan produk beliau. Kini beliau dapat menjana pendapatan ratusan ringgit sebulan dengan bantuan PIM Felda Jengka 21.