PUAN NORIZAN BINTI MD ISA

Puan Norizan merupakan seorang suri rumah yang giat menjalankan aktiviti perniagaan makanan dan catering. Beliau juga menerima tempahan pelagai jenis makanan antaranya ialah kuih muih, biskut raya, tempeyek dan juga masakan panas.

Puan Norizan mula mendaftarkan diri di Pusat Internet Malaysia pada 1 Julai 2018. Beliau telah mengikuti beberapa kelas ICT dan keusahawanan bagi meningkatkan kemahiran beliau dan juga mempromosikan perniagaan beliau secara atas talian. Kini beliau dapat menerima tempahan daripada pelbagai tempat setelah berjaya mempromosikan produk dan perkhidmatan catering melalui Facebook.