SEBENARNYA:
Menurut kenyataan media Pengarah Kesihatan Negeri Sabah:
Pihak jabatan ingin memberikan maklum balas kepada isu yang ditularkan dalam WhatsApp berkenaan seorang remaja yang meninggal dunia akibat dos penggalak vaksin COVID-19.
Untuk makluman, jabatan ini telah membuat siasatan dengan segera dan mendapati isu yang diviralkan adalah palsu. Pesakit telah meninggal dunia pada 12 Februari 2022. Punca sebenar kematian adalah disebabkan jangkitan paru-paru dan penyakit jantung sejak lahir (congenital heart disease) yang semakin tenat dan bukannya disebabkan dos penggalak vaksin COVID-19 seperti yang didakwa. Keadaan pesakit telah diterangkan kepada ahli keluarga pesakit dan mereka menerima penerangan mengenai punca kematian dengan baik.
Siasatan juga mendapati bahawa pesakit telah menerima dos pertama vaksin COVID-19 pada 31 Julai 2021 dan dos kedua pada 21 Ogos 2021. Ibu pesakit dan pihak Hospital Tuaran telah mengesahkan pesakit tidak pernah mengambil dos vaksin penggalak.
Sehubungan dengan itu, satu laporan polis telah dibuat oleh ibu pesakit pada 13 Februari 2022 yang menafikan bahawa kematian anaknya adalah disebabkan oleh dos penggalak vaksin COVID-19, dan beliau juga menafikan bahawa ahli keluarga membuat penularan dalam aplikasi WhatsApp mengenai kematian anaknya disebabkan oleh dos penggalak. Pihak Hospital Tuaran juga telah membuat laporan polis untuk siasatan dan tindakan lanjut mengenai penularan berita palsu dan gambar pesakit di aplikasi WhatsApp oleh individu-individu yang tidak bertanggungjawab.
sumber : https://sebenarnya.my/
Waspada dengan akaun palsu di media sosial yang mungkin sengaja diwujudkan untuk tujuan penipuan dan hasutan.
Jom Klik Dengan Bijak !
SEBENARNYA:
Menurut YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri:
“Disebar mengatakan kerajaan tidak mahu jawab apa masalah petani itu, itu tidak betul. Video itu dipotong untuk tujuan manipulasi.
Kerajaan tidak akan berlepas tangan dengan mengatakan bahawa ini adalah luar kawalan.
Sebagai kerajaan kita mesti bertanggungjawab untuk memastikan mengambil tindakan yang sewajarnya supaya rakyat tidak dibebankan.”
SUMBER:
Maklumat peribadi adalah maklumat yang sulit dan sensitif tentang diri kita. Keselamatannya harus dikawal dengan ketat.
Dunia Internet sering meminta kita berkongsi maklumat peribadi. Contohnya, ketika mendaftar akaun e-mel atau media sosial, atau menetapkan destinasi penghantaran dalam talian.
Maklumat peribadi kita boleh disalahgunakan seperti kecurian identiti, memproses transaksi dalam talian tanpa kebenaran, atau ancaman keselamatan terhadap anda atau orang tersayang.
Jadi, ianya amat penting bagi pengguna Internet untuk mengamalkan kawalan privasi.
- Jangan beritahu maklumat peribadi anda seperti nama penuh, nombor kad pengenalan, nombor telefon, alamat, atau nombor akaun bank anda kepada sesiapa kecuali kepada pihak berkuasa rasmi.
- Tentusahkan permintaan untuk maklumat peribadi dengan menghubungi nombor telefon perkhidmatan pelanggan syarikat tersebut yang didapati daripada laman web syarikat.
- Berhati-hati apabila anda diminta memberikan maklumat peribadi sebelum mengakses laman web yang ‘menyeronokkan’. Ia mungkin dikendalikan oleh penjenayah siber untuk mencuri maklumat bagi tujuan jenayah.
- Jangan terlebih kongsi. Elakkan berkongsi terlalu banyak gambar anda, terutamanya yang tidak sesuai dengan norma masyarakat. Jangan lupa mematikan kamera web selepas menggunakannya.
- Kebanyakan media sosial menyediakan ciri berkongsi lokasi untuk pengguna "daftar masuk" di lokasi tertentu. Meskipun menyeronokkan, ciri ini boleh menarik perhatian pengendap untuk menjejaki lokasi anda jika digunakan terlalu kerap.
- Urus dan kemas kini tetapan privasi anda supaya hantaran dan perkongsian anda dalam talian hanya boleh dilihat oleh orang yang dipercayai seperti keluarga dan kawan.
- Lupuskan peranti elektronik sewajarnya. Peralatan anda mungkin masih mengandungi data dan fail peribadi. Pastikan anda padamkan semua data, buang semua akaun, dan lakukan tetapan semula kilang (factory reset) sebelum menjual semula, membuang atau memberi peralatan anda kepada orang lain. Bagi komputer, gunakan program yang menulis ganti data (overwrite) berbilang kali untuk memastikan semua data dipadamkan.
sumber : https://klikdenganbijak.my/bm/maklumat_peribadi.php