Virus #COVID19 mudah berjangkit dalam ruang sesak, sempit dan tertutup.
Jika naik lif, pastikan hanya 4 orang (termasuk diri anda) untuk elak bersesak-sesak.
Jika anda mahu cepat, gunalah tangga. Selain jimat masa, anda juga boleh bersenam.
 
 

Menurut Polis Diraja Malaysia (PDRM):

Taktik terkini penipuan dalam talian adalah dengan menghantar mesej yang menyerupai institusi kewangan kepada mangsa untuk mendapatkan maklumat perbankan dan membuat pemindahan wang.

Semak dengan teliti pautan dan laman yang diberikan sebelum mengisi sebarang maklumat kewangan anda.

SUMBER:

Facebook Rasmi PDRM

Elakkan dari menjadi mangsa Penipuan Kewangan atau ‘Financial Scam’
Tip Keselamatan:
1. Tidak membalas emel/mesej yang meminta maklumat perbankan anda.
2. Jika hadiah atau wang ganjaran yang ditawar sangat lumayan, kemungkinan besar ia adalah scam.
3. Pastikan kata laluan dan nombor pin anda dirahsiakan.
Sentiasa berhati-hati dalam menjalankan sebarang transaksi dalam talian.
 
 
Pengguna Internet yang bijak tidak akan membuat dan menyebarkan kandungan palsu atau tidak benar.
Kebebasan bersuara bukan kebebasan berbohong. Amalkan prinsip Rukun Negara demi mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan rakyat dan Negara.
Jom @klikdenganbijak !
 
 

Menurut Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP):

Terdapat pihak yang menyamar dan menyalahgunakan alamat rasmi bangunan KWSP.

Emel ini adalah salah satu modus operandi phishing di mana pautan yang dibekalkan hanya akan membawa kepada laman web palsu yang bertujuan menipu dan mencuri data peribadi ahli.

Jangan klik atau mengunci masuk sebarang maklumat untuk mengelakkan data peribadi anda diperguna oleh pihak ketiga yang tidak bertanggungjawab.

sumber daripada : sebenarnya.my