Jom amalkan siri netiquette ketika berkomunikasi di media sosial.
Amalan kawal selia kendiri yang tinggi dapat membentuk personaliti dan pembangunan jati diri individu yang hebat.
 

SEBENARNYA:

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM):

Satu ciapan yang mendakwa bahawa 56 kes kematian setelah menggunakan vaksin Sinovac selain mengatakan bahawa WHO turut tidak mempercayai vaksin adalah tidak benar kerana ia telah dinafikan oleh kerajaan Hong Kong bahawa kematian bukan disebabkan oleh vaksin Sinovac.

Oleh yang demikian, dakwaan daripada pengguna twitter tersebut adalah tidak benar.

SUMBER:

Facebook Rasmi KKM

Berhati-hati apabila anda berkomunikasi di media sosial. Beri pandangan tanpa menyebarkan kebencian.
Kebebasan bersuara bukan kebebasan berbohong. Amalkan prinsip Rukun Negara demi mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan rakyat dan Negara.
Jom @klikdenganbijak !
 

Menurut kenyataan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK):

Jabatan Siasatan Jenayah Komersil telah mengesan terdapat penularan informasi di media sosial berkenaan penjualan vaksin COVID-19 secara atas talian. Walaupun pihak pengendalian perkhidmatan jualan yang berkenaan telah mengeluarkan kenyataan bagi menafikan terdapatnya iklan tersebut, namun jabatan ini tidak menolak kemungkinan wujudnya iklan-iklan palsu berkenaan penjualan vaksin COVID-19 pada masa akan datang.

Sebagaimana yang telah diumumkan oleh pihak kerajaan, pemberian vaksin COVID-19 akan dilaksanakan secara percuma kepada rakyat Malaysia. Justeru, sebarang tawaran penjualan vaksin ini oleh mana-mana pihak adalah satu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan berkemungkinan satu penipuan. Pihak JSJK sentiasa komited untuk melaksanakan pemantauan secara berterusan bagi mengesan dan membanteras mana-mana pihak yang cuba mengiklankan penjualan vaksin ini secara dalam talian.

Orang ramai adalah diingatkan untuk sentiasa berwaspada dengan tindakan pihak-pihak tidak bertanggungjawab yang cuba “menangguk di air keruh”. Sentiasa peka dengan pengumuman dan arahan-arahan yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan dari masa ke semasa bagi memastikan maklumat yang tepat diperolehi berkaitan program vaksinasi ini.

SUMBER:

Facebook Rasmi JSJK

Jadilah pengguna Internet yang bijak.
Jom amalkan Rukun Negara ketika berinteraksi di media sosial!
Jom @klikdenganbijak !