ADALAH DIMAKLUMKAN BAHAWA WAKTU OPERASI PUSAT EKONOMI DIGITAL FELDA JENGKA 21 PADA BULAN RAMADAN ADALAH PADA 8.00 PAGI SEHINGGA 5.00 PETANG. SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA DARI KAMI.

SEBENARNYA:

Menurut kenyataan media Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM):

KKM melalui Bahagian Regulatori Farmasi Negara mengambil serius terhadap dakwaan pemilik akaun Facebook “Cik Notes” yang tular dan mengaitkan pemberian vaksin yang mempunyai Cip ID.

Berdasarkan penilaian NPRA, produk vaksin COVID-19 yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD), KKM adalah selamat, berkualiti dan berkesan, serta Vaksin COVID-19 tidak mengandungi mikrocip seperti yang didakwa.

Senarai kandungan bahan dalam produk vaksin boleh dirujuk pada sisi pembungkusan produk melalui laman sesawang NPRA (www.npra.gov.myMain page > consumer > product search > product name .

Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat spekulasi dengan menghebahkan kandungan berita tidak sah dengan tujuan menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat.

SUMBER:

Facebook Rasmi KKM
Twitter Rasmi KKM

Menurut kenyataan media Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC):

MCMC ingin menegaskan, pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang e-mel atau mesej kepada orang awam untuk menuntut hadiah berupa wang tunai di bawah satu skim bonus yang ditawarkan oleh sebuah syarikat telekomunikasi.

E-mel atau mesej terbabit antara lain mendakwa, hasil pemantauan yang dijalankan oleh Rangkaian Pemantauan Perisikan Siber mendapati si mangsa yang ditujukan mesej berkenaan masih mempunyai transaksi yang belum diselesaikan dengan Maybank, iaitu sebagai pemenang hadiah wang tunai sebanyak RM270,000 di bawah Bonus Hadiah Keluarga TM. Selain itu, kandungan e-mel tersebut juga menjelaskan, transaksi dengan Maybank adalah sah dan mereka boleh menuntut wang tunai itu tanpa rasa takut.

Justeru, orang ramai diingatkan untuk sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan e-mel atau mesej yang tidak ditentukan kesahihannya. Elak daripada memberikan butiran peribadi seperti kad dan nombor kad pengenalan kepada individu yang tidak dikenali. Kewaspadaan orang ramai adalah penting dalam melindungi diri daripada menjadi mangsa penipuan, kecurian maklumat peribadi serta bentuk jenayah yang lain.

Sehubungan itu, MCMC menggesa orang awam untuk tidak mudah terpedaya dengan e-mel sedemikian. Pada masa yang sama, segera laporkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) atau Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) untuk perhatian dan tindakan susulan.

Penggunaan media sosial secara tidak beretika oleh segelintir masyarakat kita dengan mencipta kandungan palsu dan menyebarkannya boleh mendatangkan kesan negatif kepada individu, keluarga, masyarakat dan negara. Mari bersama membendung penularan berita palsu dengan tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih. Semak dan laporkan di laman Sebenarnya.my sekiranya terdapat keraguan mengenai sesuatu berita.