Menurut kenyataan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP):
Hati-hati! Jangan kongsi baki akaun KWSP anda kepada umum.
Penipu ( scammer ) sedang memerhati. Jangan jadi mangsa scammer!
SUMBER:
Menurut Kenyataan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia:
JPJ mengambil maklum dan memohon maaf berhubung isu paparan gambar pemilik Lesen Memandu Malaysia Digital (e-LMM) yang berlainan dengan maklumat pemilik sebenar.
Jabatan ini ingin menjelaskan bahawa, perkara tersebut berlaku ketika pasukan teknologi maklumat melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan sistem yang dibuat secara berkala bagi memastikan kelestarian sistem MyJPJ.
Jabatan ini ingin memaklumkan bahawa perkara ini telah diambil tindakan pembetulan dan penambahbaikan serta merta.
Jabatan ini juga ingin mengesahkan dan memberi jaminan bahawa tiada sebarang unsur penyalahgunaan sistem mahupun kecurian identiti maklumat pemegang lesen memandu sebaliknya segala maklumat adalah terpelihara dan selamat.
SUMBER:
Menurut kenyataan Kementerian Komunikasi (KKD):
Orang ramai diminta berwaspada dengan panggilan telefon daripada individu yang menggunakan nama Kementerian Komunikasi.
Semak kesahihan sebelum memberi maklumat lanjut dan laporkan kepada polis atau merujuk kepada Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 𝟗𝟗𝟕 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐦𝐚𝐬𝐚 𝟐𝟒 𝐣𝐚𝐦 sekiranya disyaki terdapat unsur-unsur penipuan.
Orang ramai diminta berwaspada dengan laman sesawang yang menyebar kandungan meragukan berkaitan maklumat dan permohonan bantuan kerajaan.
Orang ramai diminta untuk rujuk silang kandungan yang sahih daripada saluran rasmi Kerajaan seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dipautan berikut:
https://bantuantunai.hasil.gov.my/
KEMASKINI (18 Februari 2024): Pihak MOF telah mengeluarkan kenyataan bahawa jangan mudah terpedaya dengan ketidaksahihan atau berita palsu berkenaan pengumuman bantuan-bantuan Kerajaan. Pastikan anda menyemak di https://manfaat.mof.gov.my/ terlebih dahulu.