Menurut Kementerian Komunikasi :
Orang ramai diminta berwaspada dengan panggilan telefon daripada individu yang menggunakan nama Kementerian Komunikasi.
Semak kesahihan sebelum memberi maklumat lanjut dan laporkan kepada polis atau rujuk kepada Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997.
Orang ramai adalah dinasihatkan agar berwaspada terhadap sebarang cubaan penipuan berkaitan program eMadani yang akan bermula pendaftarannya pada 4 Disember 2023 ini.
Bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan, orang ramai adalah diingatkan agar:
- Tidak terpedaya dengan tawaran-tawaran perkhidmatan terutamanya di media sosial bagi menebus (cash-out) kredit eMadani yang diterima, kepada wang tunai;
- Berhati-hati apabila menerima sebarang pautan yang mencurigakan, dan tidak terpedaya melayari laman sesawang palsu berkaitan program eMadani (atau bantuan Kerajaan yang lain) yang diwujudkan bagi mencuri maklumat serta butiran peribadi pengguna; dan
- Tidak menyertai kumpulan (group) yang meragukan di aplikasi-aplikasi permesejan seperti WhatsApp dan Telegram yang kononnya menawarkan maklumat lanjut atau perkhidmatan-perkhidmatan berkaitan program eMadani (atau bantuan Kerajaan yang lain).
Maklumat sahih berkaitan program eMadani boleh dirujuk di portal rasmi MANFAAT di pautan:
https://manfaat.mof.gov.my/eMADANI
Orang ramai yang mempunyai kemusykilan berhubung penipuan berkaitan program eMadani, atau yang telah menjadi mangsa penipuan, adalah dinasihatkan untuk segera menghubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan di talian 997.
SEBENARNYA:
Menurut Lembaga Tabung Haji (TH):
Halaman Facebook bernama “Thijari Tabung” bukan di bawah kendalian TH. Penggunaan logo juga adalah tanpa kebenaran TH.
Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati dengan halaman di media sosial yang menggunakan logo TH.
Hubungi TH di talian 03-62071919 jika mempunyai kemusykilan.
SUMBER:
Menurut Kementerian Kewangan (MOF):
MOF menegaskan bahawa maklumat mengenai Bantuan Kanak-kanak (BKK) Sesi 2023 adalah palsu. Berhati-hati dan jangan mudah terpedaya dengan berita-berita sebegini.
Dalam pada itu, MyKasih Founation turut menasihatkan orang ramai jika menerima sebarang SMS/ WhatsApp/ Telegram yang serupa dengan pesanan yang tular, jangan klik pada pautan URL tersebut dan jangan kongsi maklumat peribadi dengan penghantar.
Pautan sebegini mungkin menggunakan perisian perosak pada telefon pengguna untuk mencuri maklumat perbadi.
SEBENARNYA:
Menurut Menteri Komunikasi dan Digital:
MCMC telah membuat semakan dengan semua telco dan mengesahkan tiada Kementerian atau Agensi Kerajaan yang telah mengeluarkan arahan sebaran SMS seperti didakwa.
Majlis Belia Malaysia (“MBM”) juga telah mengeluarkan penafian dan mengesahkan hantaran tersebut bukan bersumberkan pihak MBM. Penafian boleh dirujuk di pautan berikut: https://sebenarnya.my/mbm-tidak-pernah-menghantar-sms-pukal-bersifat-provokatif-dan-menghasut/