Menurut kenyataan Kementerian Dalam Negeri (KDN):

Waspada dengan emel palsu yang diterima dengan tajuk: Parcel Delivery : Ministry of Home Affairs- Customer Service. Sila abai dan padam emel seumpama ini kerana ia memohon pengguna melakukan transaksi pembayaran.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak melantik mana-mana pihak ketiga untuk bertindak bagi pihak kementerian dan menasihatkan orang ramai agar berhati-hati semasa melakukan sebarang transaksi secara atas talian.

SUMBER:

Facebook Rasmi KDN
Twitter Rasmi KDN