Menurut kenyataan media Jabatan Pendaftaran Negara (JPN):

JPN merujuk terhadap dakwaan yang sedang tular di media sosial dan aplikasi WhatsApp di mana kononnya ramai warga Bangladesh diberikan MyKad menjelang pilihan raya. JPN ingin menegaskan bahawa dakwaan tersebut adalah tidak benar sebaliknya MyKad hanya dikeluarkan kepada individu warganegara Malaysia yang layak sahaja berdasarkan peruntukan perundangan.

JPN juga menjelaskan bahawa paparan MyKad yang ditularkan dan didakwa milik warga Bangladesh adalah tidak benar. Sebaliknya beliau adalah seorang warganegara Malaysia yang sah. Beliau telah diambil sebagai anak angkat secara sah dari sudut undang-undang dan dibesarkan oleh satu keluarga cina sejak dari lahir lagi. Malah isu ini telah dilaporkan oleh pihak media yang menjelaskan bahawa individu tersebut adalah warganegara Malaysia.

Menurut kenyataan media Polis Diraja Malaysia (PDRM):

Sindiket penipuan tersebut telah mengaburi mata mangsa dengan taktik meminta nombor One Time Passcode (OTP) atau Transaction Authorisation Code (TAC) dengan alasan nombor telefon mangsa telah didaftarkan secara tidak sengaja didalam aplikasi tertentu.

Setelah nombor tersebut diperolehi, sindiket penipuan tersebut akan menggodam maklumat perbankan milik mangsa, dan seterusnya melakukan transaksi pemindahan wang ke akaun tertentu.

Masyarakat dinasihatkan agar tidak berkongsi maklumat peribadi kepada individu yang tidak dikenali.

SUMBER:

Facebook Rasmi PDRM

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri (YAB PM) Menjelaskan:

“Ada pihak yang cuba memutarbelitkan kenyataan saya berkenaan minyak paket yang digunakan Makcik Goreng Pisang.

Sebenarnya, minyak paket yang bersubsidi tersebut adalah untuk kegunaan domestik, bukan komersial.

Namun, apabila peniaga kecil menggunakan minyak berpaket, adakah kita akan saman mereka? Sudah pasti kita tidak sampai hati untuk mengeluarkan saman terhadap peniaga kecil yang menggunakan minyak paket.

Bukan sesuatu yang mudah tetapi ada perkara-perkara yang kita perlu pertimbangkan.
Tetapi, Kerajaan tidak berdiam diri. Insya Allah kita akan lakukan yang terbaik dalam menangani perkara ini”

Orang ramai diminta berwaspada dengan panggilan telefon daripada individu yang menggunakan nama Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM).

Semak kesahihan sebelum memberi maklumat lanjut dan laporkan kepada polis atau merujuk kepada CCID Scam Response Center di talian 03-26101159 atau 03-26101599 sekiranya disyaki mejurus kepada penipuan.

sumber :https://sebenarnya.my/waspada-panggilan-palsu-menggunakan-nama-k-komm/

Menurut Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB):

Adalah dimaklumkan bahawa pautan yang sedang tular berkaitan Ulang Tahun KTMB adalah palsu.

Orang awam diminta untuk tidak klik pada pautan tersebut untuk mengelakkan sebarang kesulitan berlaku.

SUMBER:

Facebook Rasmi KTMB