Keselamatan asas di Felda Jengka 21
Keselamatan Rukun Tetangga (KRT)
Pengerusi bagi KRT ini ialah Encik Azmi bin Hashim
http://jengka21.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/infrastruktur/keselamatan/32-keselamatan#sigFreeIddff28a6a21
Keselamatan Rukun Tetangga (KRT) Jengka 21 merupakan satu program sukarela yang bertujuan untuk membantu dalam pembangunan masyarakat setempat di Jengka 21. Peranan utama KRT adalah menganjurkan kumpulan-kumpulan rondaan yang bertugas pada waktu malam untuk mengurangkan kegiatan jenayah di sekitar kawasan kejiranan Felda Jengka 21. Anggota kumpulan rondaan KRT di Jengka 21 majoritinya dianggotai oleh ahli-ahli belia. Pintu pagar Jengka 21 akan mula ditutup pada pukul 12 tengah malam sehingga 6 pagi. Para sukarelawan akan meronda seluruh kawasan jengka setiap 30minit ke 60minit.
Keselamatan asas di Bandar Tun Abdul Razak Jengka
Balai Polis Bandar Pusat Jengka
Jarak Balai Polis Bandar Pusat Jengka dari Felda Jengka 21 adalah 15 km dan mengambil masa lebih kurang 18 minit.
Balai Bomba Bandar Pusat Jengka
Jarak Balai Bomba Bandar Pusat Jengka dari Felda Jengka 21 adalah 15 km dan mengambil masa lebih kurang 18 minit.
Balai Bomba dan Penyelamat Jengka
26400 Bandar Jengka
No Telefon : 09 4662277